校规

上课规则
Peraturan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

  1. 到校之后,学生必须马上进入校园,不准在校园外逗留。上课时间依据校钟为准。
    Setiba di sekolah, murid mestilah masuk ke dalam kawasan sekolah, dilarang berkeliaran di luar kawasan sekolah. Waktu persekolahan mengikut jam sekolah.

  2. 上课时,如欲离开课室须得到课堂教师的允许,不准擅自离开课室。
    Murid mesti mendapat kebenaran daripada guru jika hendak meninggalkan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid dilarang meninggalkan kelas secara sendiri tanpa keizinan.

  3. 不准随意移动课室里的桌椅。未经教师的允许,不可擅自更换座位;也不可随意在课室内走动。
    Dilarang memindahkan kerusi meja dalam kelas sesuka hati. Tidak dibenarkan menukar tempat duduk tanpa keizinan daripada guru. Murid-murid tidak dibenarkan bergerak dalam kelas sesuka hati.

  4. 不可在课室外溜达或喧闹,私自寻找正在上课的同学。
    Dilarang berkeliaran di luar bilik darjah atau membuat bising mahupun mencari murid lain yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

  5. 若因生病或要事,须提早离开学校,必须向校方请准后,才可联络家长。家长须到校在“学生早退记录簿”签名后,方可携带孩子离校。
    Jika sakit, berlaku kecemasan atau terpaksa balik awal, murid mesti mendapat kebenaran daripada pihak sekolah sebelum menghubungi ibu bapa / penjaga. Ibu bapa / penjaga hendaklah menandatangani “Buku Rekod Murid Balik Awal” sebelum membawa anak balik.

  6. 休息时间除了班长/副班长,其他学生必须离开课室。
    Semua murid mestilah meninggalkan bilik darjah pada waktu rehat kecuali ketua kelas / penolong ketua kelas.

  7. 休息时间结束后,学生须在前厅等候教师。在教师带领下,方可进入课室。
    Selepas waktu rehat, murid mestilah menunggu di lobi sehingga diketuai oleh guru, baru dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah.

  8. 非上课时间,学生不可无故逗留在任何课室。
    Murid tidak dibenarkan berada di dalam mana-mana kelas tanpa sebab selain waktu persekolahan.

学生制服、头发及自身整洁
Pakaian seragam murid, rambut dan kebersihan diri.

  1. 任何时候,在学校范围内或代表学校参与校外活动,必须 穿整齐的校服。
    Murid-murid mesti berpakaian seragam dengan kemas baik dalam kawasan sekolah mahupun mewakili sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti di luar sekolah.

  2. 校徽必须缝在校服的右边,学生姓名则缝于校徽之上。
    Lencana sekolah dijahit di sebelah kanan pakaian sekolah dan nama murid pula perlu dijahit di atas lencana sekolah.

  3. 只许穿白色或黑色的校鞋与校袜。未经许可,学生不可穿 运动鞋或拖鞋到校上课。
    Murid wajib memakai kasut dan sarung sekolah yang berwarna putih atau hitam dan tidak dibenarkan memakai kasut sukan atau selipar ke sekolah tanpa kebenaran.

  4. 除了上体育课和课外活动当天,学生不可穿体育衣到校。
    Murid tidak dibenarkan memakai baju sukan ke sekolah kecuali hari yang waktu Pendidikan Jasmani dan hari kokurikulum.

  5. 校方鼓励男女学生剪短头发,女生如留长发,必须用蓝色 /白色/黑色彩带绑扎。
    Pihak sekolah menggalakkan murid-murid supaya berambut pendek. Murid perempuan yang berambut panjang, mesti mengikat rambut dengan reben warna biru / putih / hitam sahaja.

  6. 学生必须保持个人整洁。
    Murid mestilah menjaga kebersihan tubuh badan.

  7. 学生必须穿整洁的校服,符合时间、地点及场合。
    Murid hendaklah berpakaian bersih dan kemas serta bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan.

其他
Lain-lain

  1. 学生必须尊重师长,说话温文有礼。
    Murid mestilah menghormati orang yang lebih tua dan bercakap dengan lemah-lembut serta bersopan.

  2. 学生不可携带玩具、尖利或贵重的物品到校。
    Murid dilarang membawa alat mainan, benda yang tajam atau harta benda yang bernilai tinggi ke sekolah.

  3. 离开课室时,请关风扇及电灯,节省用电。
    Sila tutup suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan kelas. Jimatkan penggunaan elektrik.

  4. 购买食物时,请排队,守纪律。
    Berbaris dan berdisiplin semasa membeli makanan.

  5. 爱护学校的公物和环境,保持厕所清洁卫生,美化校园。
    Memelihara alam sekitar dan menjaga harta benda sekolah, menjaga kebersihan tandas dan keceriaan sekolah.

  6. 只许带齐上学所需的书籍及文具到校并准时完成课业。
    Hanya dibenarkan membawa buku dan peralatan yang diperlukan ke sekolah serta menyiapkan kerja rumah mengikut masa yang ditetapkan.

  7. 学生家长的车辆不可进入校园,雨天例外。
    Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali hari hujan.

  8. 学生家长若无学校公事不得进入校园。
    Ibu bapa dilarang masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa urusan rasmi sekolah.

男学生发型条例
Peraturan Rambut Murid Lelaki

男学生发型条例
  1. 前额的头发长度不得超过额头的一半。
    Rambut depan tidak menutup garisan tengah dahi.

  2. 两边头发不得触及耳朵部分、鬓发的长度不得超过鼻子的一半。
    Rambut di kedua-dua belah tidak mencecah telinga dan sideburn tidak melebihi garisan tengah hidung.

  3. 前不过眉,侧不过耳,后不及领。
    Rambut di belakang tidak mencecah kolar belakang baju.

  4. 须确保头发整齐,符合学生形象。
    Rambut mesti kemas, dan sesuai dengan status sebagai seorang murid sekolah.

  5. 不可以剪时髦发型、染发、留尾、留刘海或用发胶做造型。
    Potongan rambut tidak boleh berfesyen, berwarna, berekor, terjuntai di hadapan atau memakai jeli dengan tujuan fesyen.

女学生发型条例
Peraturan Rambut Murid Perempuan

1. 短发 Rambut Pendek
  • 刘海的长度不得超过眉毛,前额的头发可用黑色发夹来固定。
    Rambut depan tidak mencecah kening, boleh dipinkan dengan pin berwarna hitam.

  • 垂于耳边的头发不得超过下巴。
    Rambut di kedua-dua belah tidak melebih dagu.

  • 后脑的头发长度不得超过后衣领。
    Rambut di belakang tidak melebihi kolar baju.
2. 长发 Rambut Panjang
  • 长发只可扎发髻,并须用黑色束带/ 发网/ 发夹来固定头发。
    Rambut panjang wajib sanggul rambut dengan pengikat/ pin berwarna hitam.
  1. 严禁使用五彩缤纷的发饰、发夹、花夹、彩带等。
    Sebarang perhiasan rambut seperti reben/ pin/ klip yang berwarna-warni adalah dilarang.

  2. 须确保头发整齐,符合学生形象。
    Rambut mesti kemas dan sesuai dengan status sebagai seorang murid sekolah.

  3. 不可以剪时髦发型、染发或用发胶做造型。 Potongan rambut tidak boleh berfesyen, berwarna atau menyapu minyak rambut dengan tujuan berfesyen.

女学生穿耳环范例
Subang untuk Murid Perempuan Sahaja

被允许的例子
被允许的例子
不被允许的例子
不被允许的例子

黑鞋白鞋条规
Penguatkuasaan Pemakaian Kasut dan Stoking Hitam atau Putih oleh murid sekolah KPM mulai Tahun 2021

黑鞋白鞋条规
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 4 Tahun 2020
  • 黑鞋黑袜
    Kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam

  • 白鞋白袜
    Kasut berwarna putih hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna putih

  • Kasut adalah diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik seperti nylon dan polyster yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira factor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S).

纪律规则 - 过错及惩罚
Peraturan-peraturan Disiplin - Kesalahan and Hukuman

请假规则
Peraturan Permohonan Cuti

学生因病或其他事故,未能到校上课时,须由家长或监护人以书面或医生证书向班主任请假,否则以旷课论。旷课日数将直接影响学生之操行。
Surat memohon cuti daripada ibu bapa / penjaga (maksimum 5) atau cuti sakit doktor hendaklah diserahkan kepada guru darjah sekiranya murid tersebut tidak hadir ke sekolah kerana sakit atau ada perkara penting. Jumlah hari seseorang murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa alasan akan menjejaskan gred kelakuannya.

学生无故旷课   Amaran Ketidakhadiran Murid

警告信
surat
连续旷课
Hari Tidak Hadir Pelajar Berturut-turut
经常旷课
Hari Tidak Hadir Pelajar
Bukan Berturut-turut
第一次警告
Amaran Pertama
第三天
Pada hari ke 3
第十天
Pada hari ke 10
第二次警告
Amaran Kedua
第一次警告后的第七天
7 hari selepas Amaran Pertama
第一次警告后的第十天
10 hari selepas Amaran Pertama
最后警告
Amaran Terakhir
第二次警告后的第七天
7 hari selepas Amaran Kedua
第二次警告后的第二十天
20 hari selepas Amaran Kedua
开除学籍
Buang Sekolah
最后警告后的第十四天
14 hari selepas Amaran Terakhir
最后警告后的第二十天
20 hari selepas Amaran Terakhir
旷课合计
Jumlah Hari
Tidak Hadir
连续三十一天旷课
31 hari berturut-turut
六十天经常旷课
60 hari bukan berturut-turut

开除学籍
Penangguhan Persekolahan

  1. 学生首次违犯重大校规时,校方便以书面通知家长、教育局、董事部及家教协会。
    Kali pertama murid melanggar peraturan sekolah, pihak sekolah akan memberitahu ibu bapa / penjaga murid, Jabatan Pendidikan Negeri, Lembaga Pengelola dan PIBG secara bertulis.

  2. 过相当时期,如不悔改,又犯校规,则做第二次警告,并用上述方法通知家长等。
    Jika murid masih berdegil dan melanggar peraturan sekolah, amaran kedua akan diberi kepada pihak yang berkenaan secara bertulis.

  3. 如再重犯,则做最后警告,并用上述方法通知家长等,且声明如再重犯校规,将被开除学籍。
    Kali ketiga murid melanggar peraturan sekolah, amaran akhir akan diberi kepada pihak yang berkenaan secara bertulis.

  4. 第四次违犯重大校规时,便予以开除。
    Kali keempat murid melanggar peraturan sekolah, akan terus dibuang sekolah.
我愿遵守校规,人人称赞我是好学生!
Saya Rela Mematuhi Peraturan-peraturan Sekolah, Menjadi Murid Yang Disayangi Dan Dipuji Selalu!

爱护贷书指南
Panduan Menjaga Buku Skim Pinjaman Buku Teks

  1. 所有的马来西亚公民将有机会享有政府贷书。
    Setiap murid dapat menikmati Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kerajaan.

  2. 所有一年级的贷书的课本和作业,将在开学时分发。
    Semua buku teks dan buku aktiviti diedarkan kepada murid Tahun Satu apabila penggal sekolah baru bermula.

  3. 二年级至六年级的学生将在年终学期结束前分发所有的贷书课本和作业。
    Murid Tahun Dua hingga Tahun Enam akan menerima semua buku teks dan buku aktiviti sebelum akhir sesi persekolahan tamat.

  4. 所有贷书的课本和作业,必须用透明包书纸包好。
    Semua buku teks dan buku aktiviti mesti dibalut sebaik-baiknya dengan menggunakan kertas balut lutsinar.

  5. 家长不可私自在封面写上学生的名字。
    Ibu bapa dilarang menulis nama murid pada kulit buku.

  6. 学生的名字及班级,必须填写在封面后所准备的格子里。
    Nama dan kelas murid mesti diisikan di petak yang disediakan pada muka surat pertama / terakhir setiap buku.

  7. 学生不可以在课本内涂鸦或写上答案。
    Murid-murid dilarang menconteng atau menulis jawapan pada buku teks.

  8. 如有任何损坏,家长必须自己修补。
    Jika didapati sebarang kerosakan pada buku teks, ibu bapa mestilah membaikinya sendiri.

  9. 如果书本严重损坏或遗失,请联系贷书老师。 Jika didapati kerosakan atau kehilangan buku, sila hubungi guru SPBT.
    上午班 : 林家萍老师
    下午班 : 陈慧媚老师
    Sesi pagi : Lim Chiah Peng
    Sesi Petang : Tang Huey Mei

  10. 所有贷书的课本及作业,一律归校方所有,家长不得私自转让或出售。
    Semua buku teks dan buku aktiviti yang dipinjam kepada murid-murid adalah hak milik sekolah, ibu bapa tidak berhak untuk memberi atau menjual kepada orang lain.

  11. 年尾归还书本给校方时,家长必须确保课本完好无损,并把课本绑好。
    Semua buku teks SPBT akan dikembalikan kepada pihak sekolah pada akhir tahun. Buku teks mesti dalam keadaan elok dan diikat dengan kemas.

紧急疏散须知事项
Langkah-langkah Keselamatan Jika Berlaku Kecemasan

  1. 各班班主任应事先指导学生参阅紧急疏散图表,让学生知道在发生意外时,该使用之出口。
    Guru kelas haruslah membimbing dan memberitahu murid tentang laluan kecemasan berpandukan pelan kecemasan.

  2. 紧急铃声响起,随堂老师须立即发令,带领学生进行疏散。
    Apabila kedengaran loceng bunyi berterusan, guru pada waktu tersebut haruslah segera mengarahkan murid beredar keluar.

  3. 随堂老师须确定所有学生安全离开教室/所在地后才尾随离开。
    Guru pada waktu tersebut haruslah memastikan semua murid telah meninggalkan kelas/tempat berada sebelum beredar dari situ.

  4. 学生在进行紧急疏散时,行动须迅速及保持安静,勿争先恐后以便能清楚地听取教务处或随堂老师的指示。
    Semasa kecemasan, murid haruslah beredar secara senyap dan pantas, janganlah berebut-rebut agar dapat mendengar dengan jelas arahan daripada pihak sekolah mahupun guru pada waktu tersebut.

  5. 正在特别教室上课/操场/礼堂进行活动的学生应立即疏散到前门集合。
    Murid yang berada di bilik khas /dewan /padang haruslah beredar ke pintu depan dengan segera.

  6. 发生紧急事故时,学生须空手即刻离开教室,到前门集合。
    Semasa kecemasan, murid haruslah meninggalkan kelas, berhimpun di pintu depan tanpa membawa keluar sebarang peralatan.

  7. 各班班主任负责点名(准备好点名簿/班级名单),确定所有学生集合在指定的地方。
    Guru kelas memastikan setiap murid berada di tempat berkumpul dengan menandakan kehadiran mereka.

校内安全指南
Panduan Keselamatan Sekolah

  1. 学生们应该提高警惕以提升自身及校园的安全。
    Para murid haruslah selalu berwaspada untuk meningkatkan keselamatan diri dan sekolah.

  2. 不要轻易相信陌生人。
    Jangan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.

  3. 避免穿越寂静的马路或小巷。
    Elakkan diri daripada melalui jalan atau lorong yang sunyi.

  4. 避免在往返学校时一个人独行。
    Jangan berjalan seorang diri semasa ke sekolah atau pulang ke rumah.

  5. 不要乘坐陌生人的交通工具。
    Jangan menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

  6. 避免接受陌生人的帮助或施舍。
    Jangan menerima pertolongan atau pemberian daripada orang yang tidak dikenali.

  7. 如果被骚扰,马上逃跑或喊救命。
    Jika diganggu orang, larikan diri atau menjerit untuk meminta tolong.

  8. 若发现可疑人物或事件,立刻通知老师、校方或家长。
    Jika ternampak seseorang atau perkara yang mencurigakan, laporkan kepada guru, pihak sekolah atau ibu bapa.

  9. 在紧急时,你可以拨电致”999″寻求援助。
    Meminta pertolongan melalui talian ‘999’ jika berlaku sebarang kecemasan.

学生在学校的安全措施
Keselamatan Murid Dalam Sekolah

  1. 为了确保学生在校的安全起见,校方有必要采取严密之保安措施,敬请诸位家长注意以下安全措施,并给予合作。若有任何不便之处,恳请海涵。
    Demi keselamatan murid dalam kawasan sekolah, pihak sekolah memohon kerjasama dan sokongan ibu bapa untuk mematuhi langkah-langkah berikut. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

  2. 所有的交通工具一律不准停放在入口处。
    Semua kenderaan dilarang berhenti ataupun pakir di laluan masuk ke sekolah.

  3. 家长只允许把孩子送到校门口,目送他们进入校园,就得离开。
    Ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak sampai ke pintu sekolah dan melihat anak memasuki kawasan sekolah.

  4. 家长有要事须进入校园,请先到前门的保安处登记及领取访客准证,方可进入校园。
    Ibu bapa yang ada urusan penting mesti mendaftar diri dan mendapatkan pas pelawat di pondok pengawal yang terletak di pintu depan sekolah sebelum memasuki kawasan sekolah.

  5. 家长应让孩子学习独立,避免上课时间特意送食物或遗漏的东西给孩子。如有需要,家长必须在物件上注明学生姓名和班级,交给保安。保安把物件交给老师。家长不得进入校园。
    Elakkan membawa makanan atau barangan ketinggalan kepada anak agar memupuk sifat berdikari. Jika perlu, waris perlu mencatat nama murid dan kelas, kemudian serahkan kepada pengawal. Waris DILARANG masuk ke kawasan sekolah.

  6. 学生必须在学校的大厅等候家长,直到家长的车辆来后,方可走出校门。
    Semua murid perlu menunggu di lobi sekolah dan hanya dibenarkan keluar dari kawasan sekolah ketika kereta ibu bapa tiba.

  7. 为了孩子的安全,家长应准时接送孩子回家。
    Demi keselamatan murid, ibu bapa diminta membawa anak pulang tepat pada masanya.

  8. 放学时间,家长严禁站在课室外或校园内等候。
    Ibu bapa dilarang menunggu anak di luar bilik darjah ataupun dalam kawasan sekolah.

  9. 所有家长的交通工具一律不准驶入校园内。
    Kenderaan ibu bapa dilarang memasuki kawasan sekolah.

  10. 雨天时,家长的车辆可小心慢驶入校园,顾及学生的安全;停放孩子后,需即刻离开校园。
    Ketika hari hujan, kenderaan ibu bapa dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk menghantar anak dan diminta meninggalkan kawasan sekolah dengan kadar segera demi keselamatan murid.

  11. 时刻向孩子灌输照顾本身安全的意识。
    Sentiasa mendidik anak cara-cara menjaga keselamatan diri.

访客进入学校指南
Panduan Pelawat Masuk Ke Sekolah

  1. 请到保安处登记并告知访校的目的。
    Sila daftar di pondok pengawal dan nyatakan tujuan lawatan.

  2. 访客必须向保安人员登记及携带访客准证,方可进入校园。
    Pelawat diminta mendaftarkan diri di pondok pengawal dan membawa pas pelawat semasa berada di kawasan sekolah.

  3. 访客的穿着必须端正及不暴露。
    Pakaian pelawat mestilah kemas dan tidak menjolok mata.
访客服装准则
  1. 请把交通工具停放在校园外或校方所指定的位置。
    Kenderaan pelawat mesti berhenti di luar kawasan sekolah atau mengikut arahan pihak sekolah.

  2. 访客在校园内驾驶时必须放缓车速,以便顾及学生们的安全。
    Sila perlahankan kelajuan kereta semasa memandu di kawasan sekolah demi keselamatan para murid.

  3. 访客在处理完事务后必须即刻离开校园。
    Sila tinggalkan kawasan sekolah sebaik sahaja urusan selesai. Jangan berada di kawasan sekolah tanpa sebarang urusan.

  4. 访客离校前必须把访客准证交回给保安人员。
    Pas pelawat mesti dipulangkan kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum meninggalkan kawasan sekolah.

  5. 若没有得到校方或保安人员的准许,访客不得进入校园。
    Dilarang masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah atau pengawal keselamatan sekolah.

  6. 为了学生的安全,访客进入校园后必须直接到教师办公室或副校长室,不可擅自进入课室。
    Demi keselamatan murid, pelawat yang datang ke sekolah harus berjumpa dengan guru atau penolong kanan terlebih dahulu untuk sebarang urusan.